PEMANTAUAN PENARAFAN PKG PULAU SERAI 2017



21 Disember 2017 - Berlangsungnya Penarafan PKG Pulau Serai 2017 pada pukul 2.00 petang. Pegawai Pemantau terdiri daripada Ketua Unit UPS, En Nize bin Muhammad yang menilai bidang pengurusan dan Pegawai Teknologi Pendidikan  UPS, En Ahmad Rafhan bin Mansor yang menilai bidang pengurusan Pusat Sumber Pendidikan PKG.  Sepanjang penarafan dibuat, banyak input dan cadangan penambahbaikan yang telah diutarakan untuk kecemelangan  tahun-tahun akan datang. Terima kasih kepada pegawai penilai yang terlibat. Semoga PKG Pulau Serai terus maju!

POGRAM '5S' PKG PULAU SERAI

12-14 DISEMBER 2017 -  Program 5S telah dijalankan oleh PKG Pulau Serai dengan kerjasama pekerja SK Kompleks Rantau Abang selepas kerja-kerja membaiki mozek Perpustakaan Al-Falah, PKG Pulau Serai selesai. Kerja-kerja melibatkan penyusunan semula susun atur fizikal, menyusun semula buku-buku mengikut sistem Dewey, mengemop lantai dan mengecat bin perpustakaan. Program ini berjaya mencapai objektif yang dihasratkan untuk mewujud perpustakaan yang menyokong pembelajaran abad 21 di samping dapat merapatkan ukhuwah di kalangan warga kerja PKG Pulau Serai dan SK Kompleks Rantau Abang. Terima kasih diucapkan.

KERJA NAIKTARAF PKG PULAU SERAI 2017


LAWATAN KERJA TN. HJ. ALIAS BIN TALIB, KPP BTPNT KE PKG PULAU SERAI


6 Disember 2017 - Satu Lawatan Kerja ke PKG Pulau Serai telah dijalankan oleh Tn. Hj. Alias bin Talib, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu. Lawatan ini bertujuan untuk melihat dengan lebih dekat pengoperasian PKG di PKG Pulau Serai. Warga PKG berpeluang untuk berkongsi pengalaman dan permasalahan yang berlaku untuk diselesaikan bersama. Diharapkan lawatan seperti ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang. Terima kasih sekalung budi tuan KPP. 

ANUGERAH PEMBESTARIAN SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2017


Tahniah...Khaleda Irdina Batrisya bt Harun, bekas pelajar SK Pulau Serai, Terengganu yang kini melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA) atas Anugerah Murid Bestari Penulis Muda Sempena Anugerah Pembestarian Sekolah 2017 yang diadakan di Bahagian Teknologi Pendidikan Bukit Kiara pada 21 November 2017. Semoga adik Khaleda terus cemerlang dalam segala bidang yang diceburi. 


Link Senarai Penuh Pemenang Anugerah Pembestarian Sekolah Kebangsaan 2017

KURSUS PROGRAM KHIDMAT BANTU PEMBANGUNAN LAMAN PEMBELAJARAN DALAM PERSEKITARAN PEMBELAJARAN MAYA (VLE) TERENGGANU 2017



AKTIVITI
KURSUS PROGRAM KHIDMAT BANTU PEMBANGUNAN LAMAN PEMBELAJARAN DALAM PERSEKITARAN PEMBELAJARAN MAYA (VLE) TERENGGANU 2017
TARIKH
01.11.2017
FASILITATOR
EN. AZIZUL BIN ABDUL RADZAK (BTP)
AIDALIZA BINTI AZMI (BTP)
AMUTHA VALLI A/P PERUMAL (BTP)
EN. EL GAMILLO BIN HABIBUN TAN (BTPNT)

TEMPAT
BILIK MESYUARAT PKG PULAU SERAI (PAGI)
MAKMAL KOMPUTER SMK PULAU SERAI (PETANG)
PESERTA
SESI PAGI (25 ORANG)

SM (SAINS) DUNGUN
SM AGAMA SULTAN ISMAIL
SMK KOMPLEKS RANTAU ABANG
SMK SERI PAKA
SK KAMPUNG NYIUR
SK TOK KAH
SK DURIAN MAS 2

SESI PETANG (35 ORANG)
Guru SMK Pulau Serai

MUAT TURUN

MESYUARAT JAWATANKUASA GERAKAN VLE DAERAH DUNGUN 2017


AKTIVITI
MESYUARAT JAWATANKUASA GERAKAN VLE DAERAH DUNGUN
TARIKH
09 OKTOBER 2017
MASA
9.00 PAGI
TEMPAT
BILIK MESYUARAT PKG SERI DUNGUN
OBJEKTIF

Memastikan pembudayaan VLE Sekolah-sekolah Daerah Dungun 2017

PENGLIBATAN
Jawatankuasa Gerakan VLE


PENILAIAN ANUGERAH PUSAT SUMBER SEKOLAH NEGERI TERENGGANU KATEGORI SEKOLAH RENDAH (APSSNT 2017)


AKTIVITI
PENILAIAN ANUGERAH PUSAT SUMBER NEGERI TERENGGANU KATEGORI SEKOLAH RENDAH (APSSNT 2017)
TARIKH
08 OKTOBER 2017
MASA
9.00 PAGI
TEMPAT
SK BATU 48, DUNGUN
PANEL PENILAI
PN. NORAIHAN BINTI MOHAMED

PEMANTAUAN PKP01 BTPN TERENGGANU KE PKG TAHUN 2017


AKTIVITI
PEMANTAUAN PKP01 BTPN TERENGGANU KE PKG TAHUN 2017
TARIKH
27 SEPTEMBER 2017
MASA
9.00 PAGI
TEMPAT
PKG SERI DUNGUN
PEGAWAI PEMANTAU
MOHD ALHADI BIN YAALI

AHMAD RAFHAN BIN ZAID @ MANSOR

MESYUARAT KLUSTER TEKNOLOGI PENDIDIKAN PAK 21 & BENGKEL VLE DALAM PDPC



AKTIVITI
MESYUARAT KLUSTER TEKNOLOGI PENDIDIKAN PAK 21
TARIKH
19 SEPTEMBER 2017
MASA
8.00 PAGI
TEMPAT
BILIK MESYUARAT PKG PULAU SERAI
OBJEKTIF
1. Melaksanakan program pembudayaan PdP Abad Ke-21 melalui penggunaan teknologi pendidikan berasaskan ICT di kalangan sekolah ahli.

2. Menyebarluas kaedah dan inovasi PdP berasaskan ICT di dalam pelaksanaan PdP Abad ke-21 kepada sekolah ahli.

3. Khidmat bantu dan sokongan kepada guru dalam pelaksanaan PdP Abad ke-21 melalui pengintegrasian penggunaan teknologi pendidikan.

"Close up" Bengkel Pertengahan Pengurusan TVPSS PKG Daerah Dungun 2017


Rabu, 6.9.2017 - Berlangsungnya Bengkel Pertengahan Pengurusan TV PSS Daerah Dungun 2017 bertempat di SMK Ketengah Jaya. Peserta bengkel terdiri daripada penyelaras/CEO TV PSS sekolah ahli PKG Pulau Serai, PKG Seri Dungun, PKG Paka & PKG Bukit Besi. Antara perkongsian di dalam bengkel ini, para peserta didedahkan tentang tips kejayaan TV PSS An Najwa, SMK Ketengah Jaya yang disampaikan oleh Pn. Yusliza binti Yusuf, CEO TV PSS An Najwa yang telah merangkul Johan TV PSS Terbaik Peringkat Negeri Terengganu 2016. Seterusnya para peserta juga didedahkan tentang Aspek kemenjadian murid dalam TV PSS, Fasa-fasa dalam penerbitan episod, Asas teknik penggambaran episod TV PSS dan Teknik Green Screen dalam episod TV PSS yang disampaikan oleh fasilitator yang dijemput khas,Tn. Hj. Akram @ Amir bin Abd. Majid, Penolong Pengarah, BTPN Terengganu dan En. Mohamad Rozi bin Ahmad, Pengarah Filem Pendek, TV PSS My SKKGB Channel, SK Kompleks Gong Badak. Di akhir bengkel, para peserta berpeluang melawat studio TV PSS An Najwa SMK Ketengah Jaya. Diharapkan bengkel yang sarat dengan maklumat ini dapat memberi perangsang dan semangat kepada sekolah ahli untuk menggerakkan TV PSS sekolah masing-masing mengikut acuan yang telah digariskan dengan satu matlamat bagi membentuk kemenjadian murid serta menyokong pembelajaran abad 21.

KHIDMAT BANTU KONFIGURASI RANGKAIAN LAN DAN SELENGGARA MAKMAL KOMPUTER SK DELONG


8 dan 9 Ogos 2017 (Selasa & Rabu) -  Program ini melibatkan seramai 13 orang peserta di kalangan Juruteknik dan EIO Daerah Dungun. Program yang bertujuan membantu pihak sekolah memperbaiki susun atur dan pemasangan sistem rangkaian komputer yang sedia ada ke satu perubahan yang lebih baik dan selesa kepada pengguna terutama murid-murid dan guru-guru. Semoga khidmat bantu yang dijalankan dapat memberi impak yang tinggi kepada warga sekolah terutamanya dalam mengaplikasikan pdpc abad 21 dan meningkatkan penggunaan vle sekolah. Pihak PKG Pulau Serai merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan khidmat bantu kali ini. Semoga hubungan baik antara PKG dan pihak sekolah terus utuh dan kukuh pada masa-masa akan datang. 


BENGKEL ‘VIDEO EDITING’ PKG PULAU SERAI


AKTIVITI
BENGKEL ‘VIDEO EDITING’ PKG PULAU SERAI
TARIKH
01 OGOS 2017
MASA
8.00 PAGI
TEMPAT
BILIK MESYUARAT PKG PULAU SERAI
FASILITATOR
EN. MOHD HANIF BIN HJ. MOHD
CEO Nemo TV, SK Seberang Dungun

OBJEKTIF
1.       Meningkatkan kemahiran krew TVPSS mengedit episod TVPSS menggunakan perisian Sony Vegas.
2.       Memastikan TVPSS menerbitkan episod mengikut panduan yang ditetapkan oleh BTPN.
3.       Menaiktaraf TVPSS sekolah sekurang-kurangnya mencapai Versi 2.0.

BENGKEL PEMBUDAYAAN VLE DALAM PDPC FASA 2 2017


26 Julai 2017 - Seramai 18 orang peserta di kalangan Guru Bahasa Melayu sekolah ahli PKG Pulau Serai telah terlibat dalam bengkel ini. Perkongsian VLE telah disampaikan oleh Pn. Rohani binti Deraman, Guru Advokasi SK Kampung Baru Kuala Abang, Dungun. Para peserta telah mendapat pendedahan untuk membina laman (site) yang mudah dengan menggunakan widget Text, Media dan Wall. Selain itu, peserta juga diajar bagaimana untuk "share" laman pembelajaran yang telah dibina kepada para pelajar di sekolah. Diharapkan sesi bengkel ini, peserta dalam mengaplikasikan ilmu vle dalam pdpc abad 21 sekaligus meningkatkan pencapaian vle sekolah masing-masing. 

MESYUARAT KLUSTER PSS & BENGKEL PENDEDAHAN SSQS VERSI 3.0 2017


24 Julai 2017 - PKG Pulau Serai telah mengadakan Mesyuarat Kluster PSS Bil 2 & Bengkel Pendedakan SSQS Versi 3.0 2017. Dalam mesyuarat yang telah dijalankan, pihak PKG banyak berkongsi dapatan /rumusan IKBB dan pemantauan PKG ke sekolah. Terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh GPM dalam memperkasakan kecemerlangan PSS seiring peranan PSS dalam menyokong pembelajaran abad 21. PKG turut berkongsi dapatan daripada taklimat Instrumen APPSSNT 2017 dalam memberi sokongan kepada 3 buah sekolah yang akan mewakili Derah Dungun dalam APPSSNT 2017. Sekalung tahniah diucapkan kepada SK Ladang Gajah Mati (Kategori SKM), SK Batu 48 (Kategori SK) dan SMK Ketengah Jaya (Kategori SMK). APSSNT 2017 menggunakan instrumen versi Februari 2017. Semoga sekolah yang mewakili Dungun mampu bersaing dan mendapat tempat di Peringkat Negeri.

Selepas rehat, bengkel pendedahan SSQS bagi GPM diadakan. Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan bagi setiap inkator soalan yang terdapat di dalam instrumen GPM dan memastikan setiap GPM memahami kehendak dan perspektif soalan bagi menentukan bintang yang baik bagi penarafan PSS Tahun 2017.

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PKG DAERAH DUNGUN & MAJLIS PERPISAHAN PEGAWAI DAN STAF YANG BERTUKAR


16 Julai 2017 - Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat PKG Daerah Dungun pada tahun ini telah berlangsung di PKG Seri Dungun. Sambutan kali ini dimeriahkan dengan kehadiran tetamu daripada PPD Dungun, Pengetua / Guru Besar, Mantan-mantan pegawai PKG, Guru Penyelaras Bestari/Guru ICT, Guru Perpustakaan dan Media, Juruteknik, EIO Sekolah ahli PKG Daerah Dungun yang terdiri daripada PKG Pulau Serai, PKG Seri Dungun, PKG Paka & PKG Bukit Besi. Pelbagai juadah raya telah disediakan sempena sambutan kali ini. Majlis turut meraikan pegawai dan staf yang telah bertukar iaitu En. Sofian bin Mustaffa (Bertukar ke Unit Pembestarian Sekolah, BTPN Terengganu), Cik Suhana binti Mohamad @ Mohd Azam (Bertukar ke Unit Pembestarian Sekolah, BTPN Terengganu), Cik Faziani binti Othman (Bertukar ke PKG Marang), Pn. Noor Zurina binti Zulkifli (Bertukar ke SK Bukit Mentok, Kemaman) dan Pn. Siti Nur Saadah (Bertukar ke SK SMA Sultan Ismail, Dungun). Diharapkan majlis ini dapat mengeratkan ukhuwah persaudaraan di kalangan warga PKG Daerah Dungun dan rangkaiannya. 

BENGKEL PEMBUDAYAAN PENGGUNAAN VLE DALAM PDPC FASA 1 TAHUN 2017


12 Julai 2017 - Seramai 12 orang peserta di kalangan Guru Pendidikan Islam terlibat dalam bengkel ini dengan kerjasama PKG Pulau Serai dan Guru Advokasi. Guru-guru didedahkan dengan pembinaan laman (site) yang mudah dengan menggunakan widget Text, Media & Wall di seperti yang terdapat di dalam Modul Pie. Semoga bengkel ini memberi impak yang positif kepada para peserta dalam meningkatkan penggunaan pelantar vle dalam pdpc.

PERTANDINGAN DIGITAL STORYTELLING ANIMATION 2017




Untuk makluman, Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia akan mengajurkan pertandingan Digital Story Telling (DST) Animation 2017 yang bertujuan mencungkil bakat dan minat murid dalam industri animasi di samping menggalakkan penghasilan bahan kreatif melalui teknologi dan membudayakan penggunaan teknologi/ICT dalam PdP.

Penyertaan adalah terbuka kepada semua sekolah rendah dan menengah Kementerian Pendidikan Malaysia. Walau bagaimana pun, hanya satu (1) animasi terbaik dari setiap kategori di peringkat negeri akan dipertandingkan ke peringkat kebangsaan. Tema produksi animasi yang perlu dihasilkan adalah “Kisah Teladan / Value in The Story”.

Dokumen-dokumen tersebut juga boleh dimuat turun menerusi portal BTP,KPM di pautan berikut:http://btp.moe.gov.my/btp/index.php/home/activity/17  atau di portal KPM (www.moe.gov.my) di ruangan pemberitahuan. Penyertaan hendaklah dihantar melalui BTPN Terengganu sebelum dipanjangkan ke peringkat kebangsaan.