8 dan 9 Ogos 2017 (Selasa & Rabu) - Program ini melibatkan seramai 13 orang peserta di kalangan Juruteknik dan EIO Daerah Dungun. Program yang bertujuan membantu pihak sekolah memperbaiki susun atur dan pemasangan sistem rangkaian komputer yang sedia ada ke satu perubahan yang lebih baik dan selesa kepada pengguna terutama murid-murid dan guru-guru. Semoga khidmat bantu yang dijalankan dapat memberi impak yang tinggi kepada warga sekolah terutamanya dalam mengaplikasikan pdpc abad 21 dan meningkatkan penggunaan vle sekolah. Pihak PKG Pulau Serai merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan khidmat bantu kali ini. Semoga hubungan baik antara PKG dan pihak sekolah terus utuh dan kukuh pada masa-masa akan datang.