"Close up" Bengkel Pertengahan Pengurusan TVPSS PKG Daerah Dungun 2017


Rabu, 6.9.2017 - Berlangsungnya Bengkel Pertengahan Pengurusan TV PSS Daerah Dungun 2017 bertempat di SMK Ketengah Jaya. Peserta bengkel terdiri daripada penyelaras/CEO TV PSS sekolah ahli PKG Pulau Serai, PKG Seri Dungun, PKG Paka & PKG Bukit Besi. Antara perkongsian di dalam bengkel ini, para peserta didedahkan tentang tips kejayaan TV PSS An Najwa, SMK Ketengah Jaya yang disampaikan oleh Pn. Yusliza binti Yusuf, CEO TV PSS An Najwa yang telah merangkul Johan TV PSS Terbaik Peringkat Negeri Terengganu 2016. Seterusnya para peserta juga didedahkan tentang Aspek kemenjadian murid dalam TV PSS, Fasa-fasa dalam penerbitan episod, Asas teknik penggambaran episod TV PSS dan Teknik Green Screen dalam episod TV PSS yang disampaikan oleh fasilitator yang dijemput khas,Tn. Hj. Akram @ Amir bin Abd. Majid, Penolong Pengarah, BTPN Terengganu dan En. Mohamad Rozi bin Ahmad, Pengarah Filem Pendek, TV PSS My SKKGB Channel, SK Kompleks Gong Badak. Di akhir bengkel, para peserta berpeluang melawat studio TV PSS An Najwa SMK Ketengah Jaya. Diharapkan bengkel yang sarat dengan maklumat ini dapat memberi perangsang dan semangat kepada sekolah ahli untuk menggerakkan TV PSS sekolah masing-masing mengikut acuan yang telah digariskan dengan satu matlamat bagi membentuk kemenjadian murid serta menyokong pembelajaran abad 21.