Taklimat Pendidikan Wajib & Pendaftaran Tahun (1) sesi 2013-2014

Tarikh : 26 Feb 2012
Masa : 8.30 pg
Tempat : Bilik Kursus, PKG Pulau Serai
D/a : SK Kompleks Rantau Abang


Disampaikan oleh :

WAN ABD RAZAK BIN WAN IDRIS

Penyelia Pengurusan Sekolah

Pejabat Pelajaran Daerah Dungun


Muat Turun Bahan Taklimat

Hari Anugerah Kecemerlangan BTPN-PKG Terengganu 2011



Pada 13/02/2012 bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu, Marang terlah berlangsungnya majlis anugerah kecemerlangan BTPN Terengganu & PKG rangkaiannya.

Majlis yang dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan, Tn. Haji Wan Mohd. Noor Bin Wan Endut berlangsung dengan penuh kemeriahan.

PKG Tok Jiring menerima anugerah PKG Berbangunan Terbaik, manakala PKG Bukit Payong menerima anugerah PKG Berbangunan Khas Terbaik. Namun demikan, PKG Pulau Serai juga menerima anugerah Web/blog pkg berpotensi. Tahniah kepada pegawai/staf yang berjaya merai anugerah.

Mesyuarat Dan Bengkel Penyelarasan Pengurusan PSS Bil.1/2012

salam 1 Malaysia. untuk makluman Sekolah Ahli PKG Pulai Serai, Kami akan mengadakan satu mesyuarat dan bengkel khas untuk GPM sekolah tuan/puan seperti berikut :

Tarikh : 15 Feb 2012
masa : 8.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat PKG Pulau Serai

Surat Berkenaan telahpun diedarkan melalui email dan fax kepada sekolah. harap maklum, sekian.

Majlis Anugerah Kecemerlangan BTPNT 2011



Hari Anugerah Kecemerlangan BTPN Terengganu 2011 akan diadakan sepertimana berikut :-
Tarikh : 13 Februari 2012 (Isnin)
Masa : 9.45 pagi
Tempat : Bilik Seminar, BTPN Terengganu

Majlis ini akan dihadiri oleh semua Pegawai dan staff BTPNT dan PKG Terengganu.
Antara jemputan pada hari tersebut ialah Pengarah BTP, Timb.Pengarah JPNT, YDP Majlis PPD, Pegawai PPD Votek, YDP MPSM, YDP MGB, YDP,NYDP JKPA SMK & SK, 22 Pengerusi JKPA PKG Trg.
Anatara Penyampaian Anugerah adalah :
  1. 7 anugerah PKG
  2. Pegawai BTPNT cemerlang
  3. Pegawai PKG Ternegganu Cemerlang
  4. Staff Sokongan BTPNT cemerlang
  5. Staff Sokongan PKG Terengganu Cemerlang
  6. Kahadiran Terbaik BTPNT/PKG
  7. Pemimjam Buku Terbanyak
  8. Anugerah 5S
  9. Penghargaan Khas
  10. Anugerah Pegawai inovatif
Sama-sama Kita nantikan, sekian,

Salam Maulidur Rasul




Sama- sama kita renungkan dan beramal.

Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya. Amin..

Majlis Sekalung Budi




KHAMIS, 2 Februari - Kemeriahan dan kesedihan adalah seiring ketika Majlis Sekalung Budi buat Encik Azman bin Othman @ Abdullah, Puan Nik Rosniza Nik Mustapha, Encik Amiruddin Mohamed, Encik Muhammad Sukri Ahmad, Puan Hasnida dan Encik Zaki Abidin yang akan bertugas di tempat yang baru. Majlis ini dikendalikan oleh BAKEP BTPN & PKG Terengganu. Sesungguhnya pertemuan dan perpisahan adalah perkara biasa dan ianya bukan menjadi titik noktah kepada sebuah pertemuan. Harapan kami, Warga BTPN & PKG semoga semuanya bergembira dengan suasana dan variasi kerja yang baru. Encik Azman Othman telah bertukar ke JPNT, Puan Nik Rosniza dan Encik Amiruddin ke BTP, Bukit Kiara, Encik Muhammad Sukri sebagai GPK di SK Pulau Perhentian, Puan Hasnida bertukar ke sekolah manakala Encik Zaki bersara wajib. Semoga mereka berjaya walau dimana berada dan dirahmati Allah.