Mesyuarat PKG Daerah Dungun Kali Ke-4/2011

Tarikh : 14 Disember 2011
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat PKG Pulau Serai

Agenda :
1. Ucapan Pengerusi
2. Pelaporan Aktiviti 2011
3. Kiosk PKG Di BTPN
4. Web PKG
5. Cadangan Mesyuarat JKPA 2012

LAWATAN BERINFORMASI KE BTPN WP KUALA LUMPUR & PKG KUALA LUMPUR ANJURAN PKG DAERAH DUNGUN 2011


Pada 30 Nov 2011-01 Dis 2011, PKG Daerah Dungun telah mengadakan satu Lawatan Berinformasi ke BTPN Wilayah Persekutuan dan rangkaian PKG Kuala Lumpur.
Seramai 21 orang peserta yang terdiri daripada PTP PKG Daerah Dungun,Guru Perpustakaan Media,Guru Besar dan FT17. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada peserta tentang fungsi dan peranan BTPN dan PKG.

Pada hari pertama para peserta telah melawat PKG Sentul di Taman Sri Segambut yang masih baru siap dibina dan telah dirasmikan pada bulan Jun 2011. Bangunan PKG Sentul ini merupakan PKG pertama di Malaysia yang siap dengan rekabentuk terbaru untuk PKG di seluruh negara dalam RMK9.

Para peserta menginap di wisma Majlis Belia Malaysia di bandar Tun Razak.

Pada 1 Dis 2011, para peserta telah dibawa melawat ke BTPN Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Para peserta dijamu sarapan pagi dan di bawa melawat di sekitar BTP dan bertolak pulang ke Terengganu pada pukul 2.30 petang.

Lawatan Penanda Aras



Lawatan Penanda Aras BTPN bersama-sama PTP PKG Negeri Terengganu ke BTPN & PKG Perak serta PKG Sentul, KL telah diadakan pada 10-11 Julai 2011. Lawatan ini diketuai oleh Ketua Unit Pengurusan Hal Ehwal PKG, Tn Hj Wan Mohd Zuhaidi bin Wan Hassan dan disertai oleh PTP negeri Terengganu seramai 13 orang.

Rombongan menginap di BTPN Perak pada 10hb dan diberi taklimat ringkas oleh wakil BTPN Perak dan Ketua Penolong Pengarah , En Mohamad Yusof bin K. Mohamad pada 11hb Jul sebelum bergerak ke beberapa PKG sekitar Perak.Ahli rombongan telah melawat Pusat Kegiatan Guru Negeri Perak iaitu PKG Seberang Perak, PKG Bota (PKG Terbaik), PKG Air Tawar dan PKG Seri Manjung. Pada 12hb pula, rombongan telah melawat ke PKG Tapah Road dan PKG Sungkai sebelum berangkat ke PKG Sentul, Kuala Lumpur. Ahli rombongan kembali semula ke BTPN Terengganu pada 13hb Julai 2011.

Tujuan lawatan ini bertujuan untuk meninjau Projek Ubah-Suai dan Naik Taraf (USNT) PKG disamping memberi pengalaman dan pendedahan kepada PTP PKG bagi memantapkan pengurusan dan perkhidmatan dalam memperkasa PKG masing-masing.

Terima kasih diucapkan kepada BTPN dan PKG-PKG yang dilawati atas layanan dan sambutan yang sangat memuaskan.

SSQS

Mohon pihak sekolah ahli PKG Pulau Serai membuat persediaan bagi pengisian data KPM Online SSQS 2011. Bahan dan panduan pelaksanaan pengisian data ini boleh didownload daripada Blog ini. Proses pengisian bermula 1 Jun 2011.

Lawatan Rasmi Pengarah BTP

Lawatan Rasmi Pengarah BTP ( Y. Bhg. Datin Dr. Siti Zaleha binti Abdullah Sani ) ke tapak baru PKG Pulau Serai yang kini terletak di SK Kompleks Rantau Abang.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Y.Bhg Datin kerana sudi membuat lawatan rasmi.

JADUAL PEMANTAUAN ICT PKG PULAU SERAI 2011

1.SEK.KEB.KOMP. R. ABANG (06.03.2011)
2.SEK.KEB.KUALA ABANG (23.03.2011)
3.SEK.KEB.KG.BARU KUALA ABANG (27.03.2011)
4.SEK.KEB.SEB.DUNGUN (05.04.2011)
5.SEK.KEB.PUSAT DUNGUN (11.04.2011)
6.SEK.KEB.PULAU SERAI (06.04.2011)
7.SEK.KEB.KUALA DUNGUN (10.04.2011)
8.SEK.KEB.LINTANG (11.04.2011)
9.SEK.KEB.SERDANG (12.04.2011)
10.SEK.KEB.TANJUNG PATI (13.04.2011)
11.SEK.KEB.TOK KAH (17.04.2011)
12.SEK.MEN.KEB.AGAMA R.ABANG (18.04.2011)
13.SEK.MEN.KEB.KOMP.R. ABANG (20.04.2011)
14.SEK.MEN.KEB.PULAU SERAI (24.04.2011)

SPPICTS FASA I (APRIL) 2011

Terima kasih kepada semua individu terlibat dalam menyempurnakan pengisian data KPM online (SPPICTS Siri I 2011) bagi sekolah ahli PKG Pulau Serai.