21
Disember 2017 - Berlangsungnya Penarafan PKG Pulau Serai 2017 pada pukul 2.00 petang. Pegawai
Pemantau terdiri daripada Ketua Unit UPS, En Nize bin Muhammad yang menilai
bidang pengurusan dan Pegawai Teknologi Pendidikan UPS, En Ahmad Rafhan
bin Mansor yang menilai bidang pengurusan Pusat Sumber Pendidikan PKG.
Sepanjang penarafan dibuat, banyak input dan cadangan penambahbaikan yang telah
diutarakan untuk kecemelangan tahun-tahun akan datang. Terima kasih
kepada pegawai penilai yang terlibat. Semoga PKG Pulau Serai terus maju!
POGRAM '5S' PKG PULAU SERAI
12-14 DISEMBER 2017 - Program 5S telah dijalankan oleh PKG Pulau Serai dengan kerjasama pekerja SK Kompleks Rantau Abang selepas kerja-kerja membaiki mozek Perpustakaan Al-Falah, PKG Pulau Serai selesai. Kerja-kerja melibatkan penyusunan semula susun atur fizikal, menyusun semula buku-buku mengikut sistem Dewey, mengemop lantai dan mengecat bin perpustakaan. Program ini berjaya mencapai objektif yang dihasratkan untuk mewujud perpustakaan yang menyokong pembelajaran abad 21 di samping dapat merapatkan ukhuwah di kalangan warga kerja PKG Pulau Serai dan SK Kompleks Rantau Abang. Terima kasih diucapkan.
LAWATAN KERJA TN. HJ. ALIAS BIN TALIB, KPP BTPNT KE PKG PULAU SERAI
6 Disember 2017 - Satu Lawatan Kerja ke PKG Pulau Serai telah dijalankan oleh Tn. Hj. Alias bin Talib, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu. Lawatan ini bertujuan untuk melihat dengan lebih dekat pengoperasian PKG di PKG Pulau Serai. Warga PKG berpeluang untuk berkongsi pengalaman dan permasalahan yang berlaku untuk diselesaikan bersama. Diharapkan lawatan seperti ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang. Terima kasih sekalung budi tuan KPP.
ANUGERAH PEMBESTARIAN SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2017
Tahniah...Khaleda Irdina Batrisya bt Harun, bekas pelajar SK Pulau Serai, Terengganu yang kini melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA) atas Anugerah Murid Bestari Penulis Muda Sempena Anugerah Pembestarian Sekolah 2017 yang diadakan di Bahagian Teknologi Pendidikan Bukit Kiara pada 21 November 2017. Semoga adik Khaleda terus cemerlang dalam segala bidang yang diceburi.
Link Senarai Penuh Pemenang Anugerah Pembestarian Sekolah Kebangsaan 2017
ANUGERAH PEMBESTARIAN SEKOLAH NEGERI TERENGGANU 2017
LINK VIDEO SOROTAN ANUGERAH PEMBESTARIAN SEKOLAH NEGERI TERENGGANU 2017
https://www.youtube.com/watch?v=W-0Vo_nErfc
GAMBAR ANUGERAH PEMBESTARIAN SEKOLAH NEGERI TERENGGANU 2017
https://drive.google.com/drive/folders/1I_EsL_c1uII29oRZ1R0HC0oBwUT6Wx6_
GAMBAR ANUGERAH PEMBESTARIAN SEKOLAH NEGERI TERENGGANU 2017
https://drive.google.com/drive/folders/1I_EsL_c1uII29oRZ1R0HC0oBwUT6Wx6_
KURSUS PROGRAM KHIDMAT BANTU PEMBANGUNAN LAMAN PEMBELAJARAN DALAM PERSEKITARAN PEMBELAJARAN MAYA (VLE) TERENGGANU 2017
AKTIVITI
|
KURSUS PROGRAM KHIDMAT
BANTU PEMBANGUNAN LAMAN PEMBELAJARAN DALAM PERSEKITARAN PEMBELAJARAN MAYA
(VLE) TERENGGANU 2017
|
TARIKH
|
01.11.2017
|
FASILITATOR
|
EN. AZIZUL BIN ABDUL RADZAK (BTP)
AIDALIZA BINTI AZMI (BTP) AMUTHA VALLI A/P PERUMAL (BTP) EN. EL GAMILLO BIN HABIBUN TAN (BTPNT) |
TEMPAT
|
BILIK
MESYUARAT PKG PULAU SERAI (PAGI)
MAKMAL
KOMPUTER SMK PULAU SERAI (PETANG)
|
PESERTA
|
SESI
PAGI (25 ORANG)
SM
(SAINS) DUNGUN
SM
AGAMA SULTAN ISMAIL
SMK
KOMPLEKS RANTAU ABANG
SMK
SERI PAKA
SK
KAMPUNG NYIUR
SK
TOK KAH
SK
DURIAN MAS 2
SESI
PETANG (35 ORANG)
Guru
SMK Pulau Serai
|
MUAT TURUN
|
|
MESYUARAT JAWATANKUASA GERAKAN VLE DAERAH DUNGUN 2017
AKTIVITI
|
MESYUARAT JAWATANKUASA GERAKAN VLE
DAERAH DUNGUN
|
TARIKH
|
09 OKTOBER 2017
|
MASA
|
9.00 PAGI
|
TEMPAT
|
BILIK MESYUARAT PKG SERI DUNGUN
|
OBJEKTIF
|
Memastikan pembudayaan VLE Sekolah-sekolah
Daerah Dungun 2017
|
PENGLIBATAN
|
Jawatankuasa Gerakan VLE
|
PENILAIAN ANUGERAH PUSAT SUMBER SEKOLAH NEGERI TERENGGANU KATEGORI SEKOLAH RENDAH (APSSNT 2017)
AKTIVITI
|
PENILAIAN ANUGERAH PUSAT SUMBER
NEGERI TERENGGANU KATEGORI SEKOLAH RENDAH (APSSNT 2017)
|
TARIKH
|
08 OKTOBER 2017
|
MASA
|
9.00 PAGI
|
TEMPAT
|
SK BATU 48, DUNGUN
|
PANEL
PENILAI
|
PN. NORAIHAN
BINTI MOHAMED
|
PEMANTAUAN PKP01 BTPN TERENGGANU KE PKG TAHUN 2017
AKTIVITI
|
PEMANTAUAN PKP01 BTPN TERENGGANU KE
PKG TAHUN 2017
|
TARIKH
|
27 SEPTEMBER 2017
|
MASA
|
9.00 PAGI
|
TEMPAT
|
PKG SERI DUNGUN
|
PEGAWAI PEMANTAU
|
MOHD
ALHADI BIN YAALI
AHMAD
RAFHAN BIN ZAID @ MANSOR
|
MESYUARAT KLUSTER TEKNOLOGI PENDIDIKAN PAK 21 & BENGKEL VLE DALAM PDPC
AKTIVITI
|
MESYUARAT KLUSTER TEKNOLOGI
PENDIDIKAN PAK 21
|
TARIKH
|
19 SEPTEMBER 2017
|
MASA
|
8.00 PAGI
|
TEMPAT
|
BILIK MESYUARAT PKG PULAU SERAI
|
OBJEKTIF
|
1. Melaksanakan program pembudayaan
PdP Abad Ke-21 melalui penggunaan teknologi pendidikan berasaskan ICT di
kalangan sekolah ahli.
2. Menyebarluas kaedah dan inovasi
PdP berasaskan ICT di dalam pelaksanaan PdP Abad ke-21 kepada sekolah ahli.
3. Khidmat bantu dan sokongan kepada
guru dalam pelaksanaan PdP Abad ke-21 melalui pengintegrasian penggunaan
teknologi pendidikan.
|
"Close up" Bengkel Pertengahan Pengurusan TVPSS PKG Daerah Dungun 2017
Rabu, 6.9.2017 - Berlangsungnya Bengkel Pertengahan Pengurusan TV PSS Daerah Dungun 2017 bertempat di SMK Ketengah Jaya. Peserta bengkel terdiri daripada penyelaras/CEO TV PSS sekolah ahli PKG Pulau Serai, PKG Seri Dungun, PKG Paka & PKG Bukit Besi. Antara perkongsian di dalam bengkel ini, para peserta didedahkan tentang tips kejayaan TV PSS An Najwa, SMK Ketengah Jaya yang disampaikan oleh Pn. Yusliza binti Yusuf, CEO TV PSS An Najwa yang telah merangkul Johan TV PSS Terbaik Peringkat Negeri Terengganu 2016. Seterusnya para peserta juga didedahkan tentang Aspek kemenjadian murid dalam TV PSS, Fasa-fasa dalam penerbitan episod, Asas teknik penggambaran episod TV PSS dan Teknik Green Screen dalam episod TV PSS yang disampaikan oleh fasilitator yang dijemput khas,Tn. Hj. Akram @ Amir bin Abd. Majid, Penolong Pengarah, BTPN Terengganu dan En. Mohamad Rozi bin Ahmad, Pengarah Filem Pendek, TV PSS My SKKGB Channel, SK Kompleks Gong Badak. Di akhir bengkel, para peserta berpeluang melawat studio TV PSS An Najwa SMK Ketengah Jaya. Diharapkan bengkel yang sarat dengan maklumat ini dapat memberi perangsang dan semangat kepada sekolah ahli untuk menggerakkan TV PSS sekolah masing-masing mengikut acuan yang telah digariskan dengan satu matlamat bagi membentuk kemenjadian murid serta menyokong pembelajaran abad 21.
KHIDMAT BANTU KONFIGURASI RANGKAIAN LAN DAN SELENGGARA MAKMAL KOMPUTER SK DELONG
8 dan 9 Ogos 2017 (Selasa & Rabu) - Program ini melibatkan seramai 13 orang peserta di kalangan Juruteknik dan EIO Daerah Dungun. Program yang bertujuan membantu pihak sekolah memperbaiki susun atur dan pemasangan sistem rangkaian komputer yang sedia ada ke satu perubahan yang lebih baik dan selesa kepada pengguna terutama murid-murid dan guru-guru. Semoga khidmat bantu yang dijalankan dapat memberi impak yang tinggi kepada warga sekolah terutamanya dalam mengaplikasikan pdpc abad 21 dan meningkatkan penggunaan vle sekolah. Pihak PKG Pulau Serai merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan khidmat bantu kali ini. Semoga hubungan baik antara PKG dan pihak sekolah terus utuh dan kukuh pada masa-masa akan datang.
BENGKEL ‘VIDEO EDITING’ PKG PULAU SERAI
AKTIVITI
|
BENGKEL
‘VIDEO EDITING’ PKG PULAU SERAI
|
TARIKH
|
01
OGOS 2017
|
MASA
|
8.00
PAGI
|
TEMPAT
|
BILIK
MESYUARAT PKG PULAU SERAI
|
FASILITATOR
|
EN.
MOHD HANIF BIN HJ. MOHD
CEO
Nemo TV, SK Seberang Dungun
|
OBJEKTIF
|
1.
Meningkatkan
kemahiran krew TVPSS mengedit episod TVPSS menggunakan perisian Sony Vegas.
2.
Memastikan
TVPSS menerbitkan episod mengikut panduan yang ditetapkan oleh BTPN.
3.
Menaiktaraf
TVPSS sekolah sekurang-kurangnya mencapai Versi 2.0.
|
BENGKEL PEMBUDAYAAN VLE DALAM PDPC FASA 2 2017
26 Julai 2017 - Seramai 18 orang peserta di kalangan Guru Bahasa Melayu sekolah ahli PKG Pulau Serai telah terlibat dalam bengkel ini. Perkongsian VLE telah disampaikan oleh Pn. Rohani binti Deraman, Guru Advokasi SK Kampung Baru Kuala Abang, Dungun. Para peserta telah mendapat pendedahan untuk membina laman (site) yang mudah dengan menggunakan widget Text, Media dan Wall. Selain itu, peserta juga diajar bagaimana untuk "share" laman pembelajaran yang telah dibina kepada para pelajar di sekolah. Diharapkan sesi bengkel ini, peserta dalam mengaplikasikan ilmu vle dalam pdpc abad 21 sekaligus meningkatkan pencapaian vle sekolah masing-masing.
MESYUARAT KLUSTER PSS & BENGKEL PENDEDAHAN SSQS VERSI 3.0 2017
24 Julai 2017 - PKG Pulau Serai telah mengadakan Mesyuarat Kluster PSS Bil 2 & Bengkel Pendedakan SSQS Versi 3.0 2017. Dalam mesyuarat yang telah dijalankan, pihak PKG banyak berkongsi dapatan /rumusan IKBB dan pemantauan PKG ke sekolah. Terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh GPM dalam memperkasakan kecemerlangan PSS seiring peranan PSS dalam menyokong pembelajaran abad 21. PKG turut berkongsi dapatan daripada taklimat Instrumen APPSSNT 2017 dalam memberi sokongan kepada 3 buah sekolah yang akan mewakili Derah Dungun dalam APPSSNT 2017. Sekalung tahniah diucapkan kepada SK Ladang Gajah Mati (Kategori SKM), SK Batu 48 (Kategori SK) dan SMK Ketengah Jaya (Kategori SMK). APSSNT 2017 menggunakan instrumen versi Februari 2017. Semoga sekolah yang mewakili Dungun mampu bersaing dan mendapat tempat di Peringkat Negeri.
Selepas rehat, bengkel pendedahan SSQS bagi GPM diadakan. Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan bagi setiap inkator soalan yang terdapat di dalam instrumen GPM dan memastikan setiap GPM memahami kehendak dan perspektif soalan bagi menentukan bintang yang baik bagi penarafan PSS Tahun 2017.
Selepas rehat, bengkel pendedahan SSQS bagi GPM diadakan. Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan bagi setiap inkator soalan yang terdapat di dalam instrumen GPM dan memastikan setiap GPM memahami kehendak dan perspektif soalan bagi menentukan bintang yang baik bagi penarafan PSS Tahun 2017.
SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PKG DAERAH DUNGUN & MAJLIS PERPISAHAN PEGAWAI DAN STAF YANG BERTUKAR
16 Julai 2017 - Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat PKG Daerah Dungun pada tahun ini telah berlangsung di PKG Seri Dungun. Sambutan kali ini dimeriahkan dengan kehadiran tetamu daripada PPD Dungun, Pengetua / Guru Besar, Mantan-mantan pegawai PKG, Guru Penyelaras Bestari/Guru ICT, Guru Perpustakaan dan Media, Juruteknik, EIO Sekolah ahli PKG Daerah Dungun yang terdiri daripada PKG Pulau Serai, PKG Seri Dungun, PKG Paka & PKG Bukit Besi. Pelbagai juadah raya telah disediakan sempena sambutan kali ini. Majlis turut meraikan pegawai dan staf yang telah bertukar iaitu En. Sofian bin Mustaffa (Bertukar ke Unit Pembestarian Sekolah, BTPN Terengganu), Cik Suhana binti Mohamad @ Mohd Azam (Bertukar ke Unit Pembestarian Sekolah, BTPN Terengganu), Cik Faziani binti Othman (Bertukar ke PKG Marang), Pn. Noor Zurina binti Zulkifli (Bertukar ke SK Bukit Mentok, Kemaman) dan Pn. Siti Nur Saadah (Bertukar ke SK SMA Sultan Ismail, Dungun). Diharapkan majlis ini dapat mengeratkan ukhuwah persaudaraan di kalangan warga PKG Daerah Dungun dan rangkaiannya.
Subscribe to:
Posts (Atom)