Pemilihan Tokoh Nilam daerah Dungun 2012

Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) merupakan penggabungan atau adunan kesemua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Ianya merangkumi rancangan membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan (Pengurusan) melalui aktiviti-aktiviti galakan membaca di sekolah (Aktiviti) dan merupakan program penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun.

Pusat Kegiatan Daerah Dungun dengan kerjasama PPD Dungun telah mengadakan sesi pemilihan tokoh Nilam peringkat Daerah Dungun 2012 yang berlangsung pada 05 Mac 2012 bertempat di PKG Pulau Serai , d/a : SK Kompleks Rantau Abang.

Seramai 35 orang peserta yang terdiri daripada murid-murid SR dan pelajar-pelajar SM dari seluruh daerah Dungun telah mengambil bahagian dalam sesi pemilihan ini.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dan bersama-sama menjayakan sesi pemilihan ini. Pelajar yang terpilih akan dimaklumat secara bersurat dari pihak PKG.