Untuk makluman, Bahagian
Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia akan mengajurkan
pertandingan Digital Story Telling (DST) Animation 2017 yang
bertujuan mencungkil bakat dan minat murid dalam industri animasi di samping
menggalakkan penghasilan bahan kreatif melalui teknologi dan membudayakan
penggunaan teknologi/ICT dalam PdP.
Penyertaan adalah terbuka
kepada semua sekolah rendah dan menengah Kementerian Pendidikan Malaysia. Walau
bagaimana pun, hanya satu (1) animasi terbaik dari setiap kategori di peringkat
negeri akan dipertandingkan ke peringkat kebangsaan. Tema produksi animasi yang
perlu dihasilkan adalah “Kisah Teladan / Value in The Story”.
Dokumen-dokumen
tersebut juga boleh dimuat turun menerusi portal BTP,KPM di pautan berikut:http://btp.moe.gov.my/btp/index.php/home/activity/17 atau
di portal KPM (www.moe.gov.my) di
ruangan pemberitahuan. Penyertaan hendaklah dihantar melalui BTPN Terengganu sebelum
dipanjangkan ke peringkat kebangsaan.