- DEFINISI
- Tema - Guru Pembina Negara Bangsa
GURU
Pengajar, pendidik atau pembimbing yang
menyumbang khidmat bakti dalam semua bentuk institusi pendidikan yang
menjadi penggerak serta pendukung kepada pembangunan pendidikan negara.
Guru merupakan insan yang berpengetahuan luas, berkemahiran tinggi dalam
bidangnya dan mempunyai keperibadian terpuji serta berupaya menjadikan
diri mereka sebagai suri teladan
PEMBINA
Individu yang membangun, membina,
mendirikan dan membentuk sesuatu untuk mencapai matlamat yang
dihasratkan. Dalam konteks pendidikan, guru berperanan sebagai individu
yang membina dan membentuk kualiti individu murid/pelajar dalam aspek
jasmani, emosi, rohani dan intelek (kognitif) bagi memenuhi aspirasi
pendidikan.
NEGARA BANGSA
Kumpulan manusia dalam satu ikatan
ketatanegaraan yang mampan. Negara Bangsa dalam konteks ini bermatlamat
untuk memastikan setiap pelajar memiliki jati diri yang kukuh,
patriotik, berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral, hidup
sebagai sebuah masyarakat yang penyayang, demokratik, liberal, bertolak
ansur, berfikiran dan berbudaya saintifik serta bersatu padu