SEJARAH PKGPS



PKG PULAU SERAI DALAM SEJARAH
Berdasarkan kepada keperluan pendidikan semasa PKG Pulau 
Serai ditubuhkan pada 1 Julai tahun 1997 atas cadangan  
PPD(D/M)  dan KPP PSPNT

PPD waktu itu ialah Tn.Hj.Haris Bin Hamidon AMN.,PJC.,PJK.


Hasil rundingan antara PPD dengan pihak SK Pulau Serai maka  satu persetujuan bersama telah dicapai untuk menyerahkan dua bilik darjah sekolah berkenaan kepada PSPNT bagi tujuan dijadikan sebagai Pusat Kegiatan Guru.

Nama PKG ini diberikan berdasar kepada nama tempat / kampung / lokasi PKG berkenaan iaitu Kampung 
Pulau Serai.

Pengerusi PKG ialah Tn.Hj.Abd.Aziz bin Muda pengetua SMK(A) Rantau Abang dan Penyelaras PKG  ialah  
En.Wan Abdul Razak Wan Idris.

Kedudukannya ditepi jalan antara Kuala Dungun ke Kuala Terengganu dalam kawasan SK Pulau Serai iaitu menumpang bangunan sekolah berkenaan adalah dianggap sebagai satu lokasi yang paling strategik untuk dikunjungi oleh pelanggan. Jaraknya lebih kurang 7 km dari bandar Dungun.

Keahliannya terdiri daripada 11 buah sekolah, sembilan buah sekolah rendah dan dua buah sekolah menengah.
Mesyuarat pertama sebagai pelancaran penubuhan PKG Pulau Serai pada 03 / 09 / 1997 bertempat di Balai Perdana ( PPD(D/M) jam 10:30 pagi dipengerusikan oleh Tn.Hj.Abd.Aziz bin Muda pengetua SMK(A) Rantau Abang dan dihadiri sama oleh PPD Tn.Hj.Haris Bin Hamidon, pegawai PSPNT En.Wan Mohd Bin Abdullah dan En.Jamaludin Bin Abu Bakar juga disertai oleh penyelaras PKG Seri Dungun En.Abd.Latif Bin Muda.
 
PKG berfungsi untuk membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam teknopen dan IT serta memupuk budaya permuafakatan di kalangan sekolah-sekolah ahli melalui semangat berpasukan bagi tujuan membantu dan memajukan sekolah-sekolah ahli.

Dalam ucapan penagguhan mesyuarat pelancaran itu PPD dan Pengerusi PKG berharap agar AJK PENGURUSAN PKG dapat bergerak secara berpasukan dan mempertingkatkan keupayaan bagi memajukan sekolah-sekolah ahli dari masa ke semasa.

Bermula pada 20 Disember 2010, PKG Pulau Serai telah berpindah ke premis baru bertempat di SK Kompleks Rantau Abang.