FUNGSI

FUNGSI PKG



UNIT KHIDMAT BANTU PENGISIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN DAN MEDIA

1. Menjadi pusat rujukan penggunaan teknologi pendidikan dan media.
2. Menguruskan pangkalan data teknologi pendidikan dan pangkalan data sumber pengajaran dan
    pembelajaran di Pusat Sumber PKG.
3. Memberi khidmat penggunaan dan pinjaman kepada pengguna Pusat Sumber PKG.
4. Memberi bimbingan dan nasihat kepada guru dalam hal yang berkaitan dengan penggunaan dan
    pengurusan pusat sumber sekolah.
5. Memantau, menyelaras dan menambahbaik program literasi maklumat, galakan membaca dan
    program pembangunan Pusat Sumber Sekolah.
6. Merancang dan mengurus pembangunan Pusat Sumber PKG dari segi kemudahan fizikal dan
    koleksi bahan serta perkhidmatan yang disediakan.
7. Menyelaras dan memantau pertambahan koleksi perolehan dan pengedaran Bahan Bacaan
    Tambahan dan BBM di peringkat Pusat Sumber Sekolah.
8. Memantau dan melapor pelaksanaan dasar penggunaan teknologi pendidikan dan media di sekolah.


UNIT KHIDMAT BANTU PENGGUNAAN PERALATAN ICT

1. Memantau dan memberi khidmat bantu pelaksanaan dasar pembestarian sekolah.
2. Memantau penyelenggaraan infrastruktur ICT, rangkaian dan aplikasi sistem di sekolah .
3. Memantauan program pengintegrasian aplikasi pendidikan dengan aplikasi lain yang digunakan
    oleh sekolah.
4. Melaporkan maklum balas dan aduan pelanggan terhadap produk dan perkhidmatan BTP dan
    BTPN.
5. Memberi khidmat bantu penggunaan bahan pelbagai media.
6. Memantau dan khidmat bantu projek inovasi BTPN, PTPB dan PKG di sekolah.
7. Memantau dan memberi khidmat bantu projek inovasi berteraskan Teknopen di sekolah
.


UNIT PENTADBIRAN DAN KEWANGAN
1. Menguruskan hal-ehwal pentadbiran am pejabat
2. Mengurus dan melapor hal-hal perjawatan dan perkhidmatan staf PKG.
3. Merancang, mengurus, dan melapor hal-hal pengurusan kewangan PKG.
4. Menyelaras penggunaan premis dan kemudahan PKG.
5. Menguruskan pembangunan keceriaan dan keselamatan premis.