Bengkel I-Nilam Kali ke 2 2012

Bengkel I-Nilam PKG Pulau Serai



29.10.2012 - Bengkel I-Nilam PKG Pulau Serai telah diadakan di Bilik Mesyuarat PKG Pulau Serai  dengan dihadiri oleh guru - guru nilam Sekolah Ahli PKG Pulau Serai dan fasilitator adalah En. Zulkefli Muda PTP 1 PKG Pulau Serai . Kami mengucapkan tahniah dan terima kasih kerana kehadiran tuan/puan telah menjayakan bengkel ini dengan jayanya.

-PKG Pulau Serai-

Status Terkini SSQS 3 Sept. 2012

Mohon Semua pihak ambil tindakan segera. kami ucapkan ribuan terima kasih kepada SK Kuala Abang kerana berjaya mengisi SSQS.




Sambutan Merdeka SK Kompleks Rantau Abang


Pada 30 Ogos 2012, Khamis telahpun berlangsung Majlis Sambutan Merdeka SKKRA di SKKRA. Perarakan Merdeka di sekitar kawasan sekolah telah berjaya dilaksanakan oleh murid - murid ini dengan semangat kemerdekaan.


Pemantauan BTPNT ke PKG Pulau Serai

Pada 28 Ogos 2012, Selasa berlangsungnya pemantauan di PKG Pulau Serai oleh BTPNT dari Unit Pengurusan Hal Ehwal PKG yang ketuai oleh Ketua unit PKG iaitu Tn. Hj. Akram @ Amir Bin Abdul Majid dan dibantu oleh En. Rufaifa Bin Abdullah. Pemantauan ini berjaya dilaksanakan dengan lancar. pelbagai aspek yang dipantau termasuklah pentadbiran pkg dan lain-lain.

Majlis Serahan Tugas PTP PKG


Pada 29 April 2012 berlangsungnya Majlis Serahan Tugas Encik El Gamillo bin Habibun Tan kepada Encik Mohd. Zulkeflie Muda kerana berlakunya perpindahan Encik El Gamillo dari PKG Pulau Serai ke PKG Marang. Manakala Puan Syuhairah pula menyerahkan tugas kepada Encik El Gamillo kerana telah berpindah dari PKG Marang ke BTPN Terengganu. Majlis ini disaksikan oleh Pegawai Teknologi Pendidikan, Unit Pengurusan Hal Ehwal PKG, Encik Mohd Yusoff bin Mis dan Encik Rufaifa bin Abdullah.

Written by Azmi bin Haji Isa

SENARAI SEKOLAH MAKMAL MBMMBI

BEBERAPA SEKOLAH TELAH TERPILIH UNTUK PROJEK MAKMAL MBMMBI, IAITU:

1. SEKOLAH KEBANGSAAN KOMPLEKS RANTAU ABANG

2. SEKOLAH KEBANGSAAN KG. BARU KUALA ABANG

3. SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG PULUT

Kem Kembara Nilam Negeri Terengganu 2012


Pada 19-21 Mac 2012 ynag lalu, seramai 25 orang peserta yang terdiri drp 25 org pelajar telah dipilih untuk pemilihan tokoh nilam negeri bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu.

Program ini ialah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Ia merupakan pengiktirafan tertinggi KPM dalam usaha membina tabiat membaca dalam kalangan murid selaras dengan hasrat negara melahirkan masyarakat bermaklumat dan berpengetahuan menjelang 2020 apabila Malaysia menjadi sebuah negara maju.

Berikut adalah keputusan Rasmi Pemilihan Tokoh Nilam Peringkat negeri Terengganu 2012 :-
Kategori SM : Anis Raihan Binti Asmadi (SMA Sheikh Abdul Malek, Kuala Terengganu)
Kategori SR : Nur Syazwina Binti Mohd. Sukri (SK Tapah, Hulu Terengganu)

Kem Kembara NILAM 2012



Kem ini melibatkan seramai 25 pelajar yang akan dihakimi oleh 18 orang panel hakim yang telah dilantik di peringkat negeri. Seramai 25 orang guru pengiring juga turut terlibat dalam pemilihan kali ini.

Bengkel Pemantapan Tokoh Nilam Daerah Dungun 2011





Pada 14-15 Mac 2012 yang lalu, PKG Daerah Dungun telah mengadakan 'Bengkel Pemantapan Tokoh Nilam Daerah Dungun 2012' yang berlangsung di PKG Seri Dungun, Dungun.

Pelajar yang terdiri dari kategori SM (Bandar), SM (Luar Bandar), SK (Bandar) dan SK (Luar Bandar) telah diberikan pendedahan format terkini pertandingan tokoh nilam peringkat negeri yang bakal diadakan pada 19-21 Mac 2012 nanti.

Penutupan Bengkel Pemantapan Tokoh Nilam Daerah Dungun 2012 ini telah rasmikan oleh En. Idrin Bin Bidin Penolong Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Dungun.

Selamat Maju Jaya, kepada wakil pelajar dari Daerah Dungun.

Pemilihan Tokoh Nilam daerah Dungun 2012

Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) merupakan penggabungan atau adunan kesemua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Ianya merangkumi rancangan membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan (Pengurusan) melalui aktiviti-aktiviti galakan membaca di sekolah (Aktiviti) dan merupakan program penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun.

Pusat Kegiatan Daerah Dungun dengan kerjasama PPD Dungun telah mengadakan sesi pemilihan tokoh Nilam peringkat Daerah Dungun 2012 yang berlangsung pada 05 Mac 2012 bertempat di PKG Pulau Serai , d/a : SK Kompleks Rantau Abang.

Seramai 35 orang peserta yang terdiri daripada murid-murid SR dan pelajar-pelajar SM dari seluruh daerah Dungun telah mengambil bahagian dalam sesi pemilihan ini.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dan bersama-sama menjayakan sesi pemilihan ini. Pelajar yang terpilih akan dimaklumat secara bersurat dari pihak PKG.





Taklimat Pendidikan Wajib & Pendaftaran Tahun (1) sesi 2013-2014

Tarikh : 26 Feb 2012
Masa : 8.30 pg
Tempat : Bilik Kursus, PKG Pulau Serai
D/a : SK Kompleks Rantau Abang


Disampaikan oleh :

WAN ABD RAZAK BIN WAN IDRIS

Penyelia Pengurusan Sekolah

Pejabat Pelajaran Daerah Dungun


Muat Turun Bahan Taklimat

Hari Anugerah Kecemerlangan BTPN-PKG Terengganu 2011



Pada 13/02/2012 bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu, Marang terlah berlangsungnya majlis anugerah kecemerlangan BTPN Terengganu & PKG rangkaiannya.

Majlis yang dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan, Tn. Haji Wan Mohd. Noor Bin Wan Endut berlangsung dengan penuh kemeriahan.

PKG Tok Jiring menerima anugerah PKG Berbangunan Terbaik, manakala PKG Bukit Payong menerima anugerah PKG Berbangunan Khas Terbaik. Namun demikan, PKG Pulau Serai juga menerima anugerah Web/blog pkg berpotensi. Tahniah kepada pegawai/staf yang berjaya merai anugerah.

Mesyuarat Dan Bengkel Penyelarasan Pengurusan PSS Bil.1/2012

salam 1 Malaysia. untuk makluman Sekolah Ahli PKG Pulai Serai, Kami akan mengadakan satu mesyuarat dan bengkel khas untuk GPM sekolah tuan/puan seperti berikut :

Tarikh : 15 Feb 2012
masa : 8.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat PKG Pulau Serai

Surat Berkenaan telahpun diedarkan melalui email dan fax kepada sekolah. harap maklum, sekian.

Majlis Anugerah Kecemerlangan BTPNT 2011



Hari Anugerah Kecemerlangan BTPN Terengganu 2011 akan diadakan sepertimana berikut :-
Tarikh : 13 Februari 2012 (Isnin)
Masa : 9.45 pagi
Tempat : Bilik Seminar, BTPN Terengganu

Majlis ini akan dihadiri oleh semua Pegawai dan staff BTPNT dan PKG Terengganu.
Antara jemputan pada hari tersebut ialah Pengarah BTP, Timb.Pengarah JPNT, YDP Majlis PPD, Pegawai PPD Votek, YDP MPSM, YDP MGB, YDP,NYDP JKPA SMK & SK, 22 Pengerusi JKPA PKG Trg.
Anatara Penyampaian Anugerah adalah :
  1. 7 anugerah PKG
  2. Pegawai BTPNT cemerlang
  3. Pegawai PKG Ternegganu Cemerlang
  4. Staff Sokongan BTPNT cemerlang
  5. Staff Sokongan PKG Terengganu Cemerlang
  6. Kahadiran Terbaik BTPNT/PKG
  7. Pemimjam Buku Terbanyak
  8. Anugerah 5S
  9. Penghargaan Khas
  10. Anugerah Pegawai inovatif
Sama-sama Kita nantikan, sekian,

Salam Maulidur Rasul




Sama- sama kita renungkan dan beramal.

Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya. Amin..

Majlis Sekalung Budi




KHAMIS, 2 Februari - Kemeriahan dan kesedihan adalah seiring ketika Majlis Sekalung Budi buat Encik Azman bin Othman @ Abdullah, Puan Nik Rosniza Nik Mustapha, Encik Amiruddin Mohamed, Encik Muhammad Sukri Ahmad, Puan Hasnida dan Encik Zaki Abidin yang akan bertugas di tempat yang baru. Majlis ini dikendalikan oleh BAKEP BTPN & PKG Terengganu. Sesungguhnya pertemuan dan perpisahan adalah perkara biasa dan ianya bukan menjadi titik noktah kepada sebuah pertemuan. Harapan kami, Warga BTPN & PKG semoga semuanya bergembira dengan suasana dan variasi kerja yang baru. Encik Azman Othman telah bertukar ke JPNT, Puan Nik Rosniza dan Encik Amiruddin ke BTP, Bukit Kiara, Encik Muhammad Sukri sebagai GPK di SK Pulau Perhentian, Puan Hasnida bertukar ke sekolah manakala Encik Zaki bersara wajib. Semoga mereka berjaya walau dimana berada dan dirahmati Allah.

Mesyuarat Penyelarasan BTPN-PKG Bil.1/2012

Tarikh : 18-19 Januari 2012
Masa : 8.30 pg - 5.00 ptg
Tempat : BTPN Terengganu